Info Sukarelawan Polis

Organisasi, Peranan dan Falsafah  

Pasukan ini diwujudkan sebagai satu formasi dibawah Pasukan Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1957 yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Polis. Kini keanggotaannya berjumlah seramai 3,400 diseluruh negara dengan tumpuan dibandar-bandar utama.
Falsafah kewujudan Pasukan Sukarelawan Polis adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menceburkan diri dalam kerjaya Polis.

Tanpa meninggalkan pekerjaan hakiki awam mereka, ianya juga sebagai satu pengalaman, pengamatan, cabaran disamping sumbangan khidmat bakti kepada keamanan negara. Pasukan ini juga adalah sebagai unit rezab di dalam Polis Diraja Malaysia.

Penglibatan orang awam dalam Pasukan Polis menerusi Sukarelawan Polis akan memberi banyak kebaikan dan kelebihan antaranya :-
  • Mewujudkan kefahaman dan pengamatan terhadap masalah dan pahit manis bagaimana anggota polis melaksanakan khidmat mereka seharian
  • Penerapan nilai-nilai disiplin positif pasukan kepada diri sendiri yang diperolehi melalui pendedahan latihan sebagai anggota Sukarelawan Polis
  • Sukarelawan Polis dapat memberi panduan kearah pembentukan keluarga bahagia terutamanya dalam mendidik anak-anak agar lebih tersusun dan berjaya berteraskan disiplin yang diperolehi melalui latihan dan pengalaman sebagai Sukarelawan Polis
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap undang undang dan penguatkuasaanya, serta melibatkan  diri dengan aktiviti-aktiviti bercorak fizikal seperti latihan kawad dan penggunaan senjatapi.
Syarat-syarat Permohonan Sukarelawan Polis
-          Warganegara Malaysia
-          Umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 35 tahun
-          Ukuran badan
  • Lelaki – Tinggi 162 cm (5’4”)
  • Lilitan Dada – 81 cm/86 cm (32”/34”)
  • Berat badan 48 kg
  • Wanita – Tinggi 152 cm (5’)
  • Berat badan 43 kg
  • Mempunyai penglihatan biasa dan pendengaran yang baik
  • Kelulusan akademik – sekurang-kurangnya lulus SRP/LCE Pangkat A/B atau pangkat C bagi tahun 1969 dan sebelumnya atau dengan (salinan sijil hendaklah disertakan)
Lain-lain Kelayakan
-          Mempunyai pekerjaan tetap
-          Mendapat kebenaran dari Jabatan/ Majikan (sertakan surat kebenaran daripada Jabatan)
-          Bermastautin dalam lingkungan 18 km dari Balai Polis Daerah yang dipohon.
-          Bersih dari sebarang rekod jenayah/cawangan khas
-          Tidak menjadi ahli/anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga semasa darurat.
-          Pekerja-pekerja dari kumpulan “Key Personel” seperti Hospital, TNB, Telekom, pengawal keselamatan (badan berkanun/kerajaan/swasta) tidak layak memohon.
Bidang Tugas  

Pasukan Sukarelawan Polis pada kebiasaanya adalah menjalankan kerja-kerja latihan dan perbarisan ketika tidak diletakkan dibawah kerahan secara aktif. 
Walaubagaimanapun sebagai tambahan kepada latihan dan perbarisan mereka ini menjalankan tugas-tugas seperti berikut : 
  1. Pejabat pertanyaan / tugas telefonis
  2. Tugas Bit
  3. Tugas Rondaan
  4. Tugas Trafik
  5. Tugas Teknikal (WT, MT & MARIN)
  6. Tugas-Tugas di Pusat Kawalan Kontingen atau Daerah
  7. Pegawai Bertugas di Daerah atau IPK
  8. Pentadbiran Biasa / Harian
  9. Tugas Kawalan Perhimpunan
10. Tugas kawalan

Fungsi dan Tanggungjawab   
•    Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang
•    Mata dan telingan kepada pasukan PDRM
•    Memberikan perkhidmatan yang mesra kepada masyarakat

Elaun dan Insentif 
1. Elaun kehadiran Latihan Tempatan
  Tuntutan elaun tidak melebihi  48 jam sebulan
          Pegawai              : RM5.80 sejam
          Lain-lain Pangkat : RM4.00 sejam

2. Elaun Bounty ( Saguhati tahunan )       
         Bertugas lebih   380 jam   setahun -  RM 520.00
          Bertugas 240 ~ 379 jam   setahun -  RM 390.00
          Bertugas 120 ~ 239 jam   setahun -  RM 260.00
          Bertugas kurang 120 jam setahun -  TIDAK LAYAK

 3. Elaun Pakaian (Pegawai sahaja)

          Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan) - RM300.00
          Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai
          tahun kedua Perkhidmatan) - RM 125.00
          Elaun Pakaian Istiadat (3 tahun sekali) - RM 1,000.00

4. Kemudahan Lain

          Bekalan Pakaian Seragam
          Rawatan Perubatan
          Compesation-ganjaran & elaun
          Kematian semasa bertugas  *
          Kecacatan semasa bertugas *
          Belanja pengkebumian *

*  Melalui penyertaan skim insuran berkelompok